Monday, July 13, 2015

Bihun goreng

Rendam bihun satu bungkus (sementara nak basuh sayur dan siapkan bahan lain)

Stir fry. Masukkan bhn macam biasa.. tumis.. kicap.. btg sawi dah cukup rasa semuanya. Lepas tu off stir fry.

Masukkan air 2 1/2 cawan (cwn pres cook).
Masukkan bihun yg ditos (bihun cap jasmine).. bihun lain pun boleh.

Steam 2 min (tombol kat steam).

Dah warm.. buka masuk daun sawi dan toge.. kacau... tutup bg layu sikit...

Siap.

Dodol

Bahan2:

tepung pulut 1 cawan
tepung beras 1 sk
gula merah 1 cawan + 3/4 cawan air ( masak dan tapis)
santan pekat  1  1/2 cawan
garam 1/2 sk

Cara:

bacuh.dan tapis
steam 2 min
stir fry sampai likat

*guna cawan pc.. klu 2 cup steam 4 min... klu 3 cup steam 6 min.

Seri muka

Nasi daging

Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang
sumber : K.Nor@SecubitGaram

4 orang makan

Bahan A :

3 pot kecil beras Basmathi (direndam 3 jam)
250 g daging batang pinang (dihiris nipis atau dipotong kiub)
2 sudu makan serbuk rempah kurma (dibancuh dengan sedikit air)
2 helai daun pandan
80 ml susu cair
1 sudu makan puri tomato
2 helai daun limau purut
garam secukupnya
1 sudu kecil gula
1 sudu besar minyak sapi

Bahan B :

5 biji bawang merah (dikisar)
3 ulas bawang putih (dikisar)
1/2 inci halia (dikisar)
1 sudu kecil jintan manis
rempah 4 sekawan (kulit kayu manis, buah pelaga, cengkih dan bunga lawang)
1 batang serai (diketuk)

Cara-cara :

Panaskan minyak sapi di dalam periuk. Tumiskan bahan-bahan B hingga wangi.
Masukkan pes kurma dan puri tomato. Tumis lagi hingga garing dan pecah minyak.
Kemudian masukkan daging, daun pandan, garam dan gula. Kacau rata-rata.
Masukkan air secukupnya dan masak hingga daging empuk (pastikan air rebusan daging sama dengan sukatan beras Basmathi...agak-agaklah yer)
Masukkan beras. Perlahankan api. Masak hingga nasi hampir kering. (boleh juga dimasak dengan menggunakan pressure cooker  hanya hp8 minit selepas menumis bahan)
Tuangkan susu cair dan daun limau purut. Kacau perlahan-perlahan hingga rata dan sebati. Biarkan nasi masak sempurna.
Taburkan bawang goreng dan sedikit daun hirisan daun ketumbar pada nasi dan hidangkan bersama air asam serta lauk berkuah jika suka. 

Bahan Air Asam

2 biji bawang merah (dihiris)
1/2 labu bawang besar (dihiris)
1 biji tomato (dihiris dadu)
8-10 biji cili padi (dihiris)
2 biji cili merah (dihiris)
1 cawan air asam jawa (-/+)
sedikit serbuk belacan atau belacan bakar
sedikit garam, gula dan jus limau nipis/kasturi

Cara-cara :

Satukan semua bahan dan kacau sebati.
Hidangkan bersama nasi daging.

Sunday, July 12, 2015

Resepi puding caramel

Bahan2

Telur 5 biji
Gula 8 sudu
Gula 5 sudu
Esen vanila
Susu cair 1 tin
Tepung custard 1 sudu

Cara2

1. Blend telur, susu cair gula 5 sudu n esen vanilla.
2. Cairkan gula 8 sudu dlm loyang hingga golden brown kaler.
3. Ratakan supaya memenuhi permukaan loyang.
4. Panaskan pengukus.
5. Curahkan adunan tadi atas permukaan gula.
6. Kukus hingga masak.

Nasi tomato Mamak Penang

Bahan-bahannya:
1 kg. beras biasa bersamaan 5 cawan beras
¼ tin Kimball Tomato Soup – (Tomato Soup tin 425g)
1 ½ sudu besar Kimball Tomato Puree
¼ tin susu cair
3 sudu besar serbuk badam
Air mengikut sukatan beras 1 nisbah 1 (1:1)

Bahan-bahan Tumis:
1 ½ sudu besar minyak sapi
1 batang kayu manis 3”
1 helai daun pandan dikerat 4 inci
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
1 biji bawang besar dihiris
½ sudu besar pes (kisar) bawang putih dan halia
½ sudu besar pes (kisar) bawang besar
½ sudu besar gula pasir
20 gram buah kismis

Cara-cara Memasak Menggunakan Periuk Noxxa:

1. Tekan fungsi `STIR FRY’ dan On. Masukkan minyak sapi.

2. Bila minyak panas, masukkan kayu manis, buah pelaga, bunga lawang, dan kismis. Seterusnya masukkan pes bawang putih dan halia kisar, bawang kisar dan daun pandan

3. Bila tumisan mula keluarkan bau yang harum, masukkan Kimball Tomato Soup, Kimball Tomato Puree, susu cair, serbuk buah badam, dan air yang telah disukat. Masukkan gula dan garam secukupnya. Rasa kemasinan air. Biarkan air mendidih.

4. Apabila air mula mendidih, masukkan beras dan kacau perlahan.

5. Off fungsi STIR FRY. Tutup periuk. Putar tombol ke arah `PRESSURE’. Tekan fungsi `HIGH PRESSURE’ 10x (10 minit) dan On.

6. Selepas tamat masa, putar tombol ke arah `STEAM’ untuk keluarkan wap. 

7. Selepas habis wap dikeluarkan, buka tudung. Ambil chopstick dan buat beberapa lubang kecil pada nasi. Masukkan beberapa titis pewarna kuning (yellow egg) ke dalam setiap lubang tadi. Kemudian gaul rata.

8.  Biarkan dalam status WARM/PRE-HEAT untuk nasi senantiasa panas.